Tuesday, July 9, 2013

Ramadhan Kareem




Ramadhan ialah utusan Allah, dikirimkan kepada hamba-hambaNya untuk memberikan mereka ganjaran dan kebaikan.



sesiapa yang menerima dan melaluinya dengan baik akan bersih dari dosa dan mendapat kebaikan syurga manakala yang mengabaikannya akan rugi lagi sia-sia.

 


rahsia Ramadhan terletak pada 3 perkara :


1. mengawal diri;

2. ibadah;

3. ehsan dan rahmat terhadap manusia dan makhluk Allah.


mengawal diri dari perkara yang haram dan keji, melakukan ibadah dengan sebanyak-banyaknya dan bersikap ehsan dan rahmat terhadap makhluk Allah SWT melalui sedekah, zakat, ziarah dan ukhuwah.


(tazkirah di atas saya petik dari fb Ustaz Emran Ahmad)




salam Ramadhan dari saya sekeluarga.



*

Thursday, April 11, 2013

jangan.. biar ..





saya suka sangat kata-kata di bawah ini
bahasanya mudah.. tapi maksudnya amat menyengat
saya menjumpainya di fan page di facebook
yang ditulis oleh seorang anak muda ..

Jangan sihat berbuat jahat.
Jangan sikit mengungkit-ungkit.
Jangan susah berkeluh kesah.
Jangan kaya tak kenal siapa.
Jangan rindu tak tahu malu.
Jangan cinta berbuat dosa.
Jangan prasangka menghukum manusia.
Jangan dengki merosak diri.

Biar sihat berbuat taat.
Biar sikit berdikit-dikit.
Biar susah jangan gelisah.
Biar kaya berhati mulia.
Biar rindu doakan selalu.
Biar cinta pada Yang Esa.
Biar prasangka ada asasnya.
Biar dengki membangun diri.



nota kaki ayam : masalahnya... kita ini selalu meletakkan "JANGAN" dan "BIAR" ini di tempat yang salah..



*


Friday, March 22, 2013

isyarat dari Allah Azza wa Jalla



sebulan lebih tidak mengemaskinikan blogku.  ini adalah kerana aku kurang sihat.

sejak pulang dari bercuti di Johor pada pertengahan februari lalu, kesihatan agak terganggu, sekejap badan rasa ok, sekejap rasa tak sedap.  seminggu selepas itu aku diserang selsema dan batuk.  sehinggalah ke hari ini batuk-batuk itu masih lagi berbaki menyebabkan aku kehilangan suara.


di saat ini pun masih belum mampu bersuara dengan lancar, kecuali aku memaksanya dengan sungguh-sungguh.  kadang-kadang bila menjawab pertanyaan orang, aku terpaksa bercakap separuh menjerit, tapi orang masih juga tidak memahami apa yang aku perkatakan kerana suaraku yang tidak jelas buah butir perkataannya.  suara yang keluar itu persis orang berbisik.  peritnya hanya Allah yang tahu !


namun, aku amat-amat bersyukur ke hadrat Allah سبحانه و تعالى .  aku tidaklah sampai terlantar sakit di katil. apalah sangat penanggungan ku ini jika dibandingkan dengan orang lain yang bertahun-tahun menderita dengan pelbagai penyakit yang lebih kronik. 
 سبحان الله

sakit itu sebenarnya adalah ujian dari Allah.  sebagai hamba-Nya yang lemah dan kerdil, berlapang dadalah menerima ujian dan ketentuan-Nya ini dengan sabar dan redho.  sakit ini ada nikmat dan Rahmat-Nya.  sakit bukan sahaja ujian, tapi juga ada hikmah disebaliknya yang kita tidak tahu.  dan sakit itu juga adalah kafarah dosa.


mungkin kita juga tidak sadar bahawa sakit sebenarnya isyarat dari Allah, peringatan supaya kita jangan alpa  bahawasanya kita ini HANYALAH hamba-Nya.  dan sebagai hamba-Nya kita hendaklah tunduk pada kekuasaan-Nya.  Dia berkuasa ke atas segala apa jua milik dan ciptaan-Nya.  Allah bila-bila masa saja boleh menarik balik nikmat sihat hatta apa jua nikmat yang Dia ihsankan pada kita sekiranya Dia kehendaki.


kita hendaklah sentiasa beringat nikmat sihat, sakit, kekayaan, kemiskinan semua itu adalah UJIAN dari Allah.


sebab itu kita selalu dipesan-pesankan dengan hadith ini  -

daripada Ibnu Abbas, dikhabarkan bahawa Rasulullah  
صلى الله عليه و سلم   bersabda :


"rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara; masa hidupmu sebelum matimu, masa sihatmu sebelum datangnya sakitmu, masa lapangmu sebelum datangnya masa sibukmu, masa mudamu sebelum masa tuamu,  dan masa kayamu sebelum datangnya masa miskinmu."


(Hadith Riwayat Ahmad)



gambar sumber : Google



nota kaki ayam : suamiku bilang "suaramu seksi" ...


*

Friday, February 1, 2013

kenangan manis Rabi' al-Awwal 1433



walopun hampir setahun berlalu, namun kenangan manis ini masih basah di ingatan dan tak mungkin kulupakan hingga akhir hayat.  andai ku dijemput sekali lagi oleh Allah سبحانه و تعالى, biarlah kali ini untuk menunaikan rukun Islam yang ke-5 pula.  tak putus-putus ku bermohon pada-Nya moga dimurahkan rezeki, dan ingin benar kubawa anak-anak sekali lagi.  ﺍَﻟﻠّﻬُﻢَّ ﺁﻣــﻴﻦ.


kepada sahabat-sahabatku yang ku dengar perkabaran bahawa mereka akan menunaikan ibadah umrah, semoga Allah permudahkan segala urusan kalian sepanjang berada di sana.  selamat berangkat dan selamat jua pulang ke tanah air. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن.



Masjid Nabawi diambil gambarnya dari Tanah Perkuburan Baqi' 



anak bujang 



bersama suami 



sempat pula encik suami merakamkan gambar petugas membersihkan "payung" di perkarangan Masjid Nabawi



bersama kakak dan anak gadis 



 Baitullahil Haram .. nampak mudah digapai, namun hakikatnya ..



Abraj Al-Bait Tower, entah dari sudut mana encik suami captured 



anak bujang sedang mengaji di roof top Masjid al-Haram



setiap hari, jalan inilah yang ku ulang-alik.. aku benar-benar merinduinya



sand storm berlaku semasa perjalanan ke Jeddah 



Masjid Terapung Laut Merah, Jeddah





*


Tuesday, January 29, 2013

hampir lengkap




banyak kali rancang untuk berjumpa, kemudian di saat-saat akhir pasti salah seorang dari kami tak dapat hadir atas hal-hal yang tak dapat dielakkan.. Alhamdulillah, semalam termakbul juga.  sahabatku JF pula, inilah kemunculan beliau setelah setahun kami tak berjumpa selepas beliau bernikah februari tahun lalu.  beliau kelihatan agak berisi dan nampak berseri-seri.

cuma, aku sedikit terkilan sahabatku yang berdua itu, SO yang jauh di Jeddah dan si BintangJauh nun di Peranchis tiada bersama.  andai mereka berdua ada, kami lengkap !  









nota kaki ayam : aku sentiasa berdoa, semoga persahabatan ini kekal hingga ke akhir hayat kami.. Aamiin.




*